Kayuhan santai bermula pada jam 8.30 pagi.Bertolak dari Sungai Galah menghala ke jalan Pulau Tiga
En.Jamhari bersama basikal barunya Monggoes
Amboi tersenyum En.Nazri menunggang basikal raleighnya
Sempat jugak menangkap gambar sendiri yea..hehehe
En.Razali Din bersama dengan basikal barunya Raleigh Diablo Pro 2012
En.Nazri bersama pose peace nya di jalan Pulau Tiga..hehehe
Para rider baru keluar daripada persimpangan Pulau Tiga menghala ke jalan Pekan Kg Gajah
Setelah penat berkayuh akhirnya kami singgah sebentar di kedai mamak Kamal Karim Kg Gajah
En.Razali Din sempat jugak pekena Mee Goreng Mamak bersama dengan Teh Tariknya.Lapor katanya pagi tadi tak bersarapan..hehehe
Setelah minum pagi di kedai mamak Kamal Karim sebelum pulang sempat jugak kami mengambil gambar untuk kenangan di depan replika labu sayong Kg Gajah
Gambar kenangan kayuhan santai Troka Cycling Team di Kg Gajah.Seramai 10 orang rider Troka Cycling Team telah menyertai kayuhan ini dengan rider termuda adik Mohamad Aiman anak kepada En.Jamaluddin.Jarak perjalanan adalah sejauh 40km yang bermula di Sg.Galah - Pulau Tiga - Kg Gajah - Sg.Galah.Diharapkan selepas ini akan lebih ramai hendaknya ahli kelab Troka 'turun padang' untuk menyertai program seperti ini bagi meramaikan dan mengiratkan tali silatulrahim sesama ahli kelab.Kepada yang telah menyertai kayuhan ini saya ucapkan ribuan terima kasih di atas komitment anda semua...