Halaman

Sabtu, 22 Oktober 2011

Kayuhan Santai Sg.Galah - Pulau Tiga - Kg.Gajah - Sg.Galah pada pagi Sabtu 22hb Oktober 2011


Kayuhan santai bermula pada jam 8.30 pagi.Bertolak dari Sungai Galah menghala ke jalan Pulau Tiga

En.Jamhari bersama basikal barunya Monggoes

Amboi tersenyum En.Nazri menunggang basikal raleighnya

Sempat jugak menangkap gambar sendiri yea..hehehe

En.Razali Din bersama dengan basikal barunya Raleigh Diablo Pro 2012

En.Nazri bersama pose peace nya di jalan Pulau Tiga..hehehe

Para rider baru keluar daripada persimpangan Pulau Tiga menghala ke jalan Pekan Kg Gajah

Setelah penat berkayuh akhirnya kami singgah sebentar di kedai mamak Kamal Karim Kg Gajah

En.Razali Din sempat jugak pekena Mee Goreng Mamak bersama dengan Teh Tariknya.Lapor katanya pagi tadi tak bersarapan..hehehe

Setelah minum pagi di kedai mamak Kamal Karim sebelum pulang sempat jugak kami mengambil gambar untuk kenangan di depan replika labu sayong Kg Gajah

Gambar kenangan kayuhan santai Troka Cycling Team di Kg Gajah.Seramai 10 orang rider Troka Cycling Team telah menyertai kayuhan ini dengan rider termuda adik Mohamad Aiman anak kepada En.Jamaluddin.Jarak perjalanan adalah sejauh 40km yang bermula di Sg.Galah - Pulau Tiga - Kg Gajah - Sg.Galah.Diharapkan selepas ini akan lebih ramai hendaknya ahli kelab Troka 'turun padang' untuk menyertai program seperti ini bagi meramaikan dan mengiratkan tali silatulrahim sesama ahli kelab.Kepada yang telah menyertai kayuhan ini saya ucapkan ribuan terima kasih di atas komitment anda semua...











1 ulasan:

  1. Best jugak kayuh doi Perak ni kan? Syabas kepada team Troka Cycling Team. Kalau ada lagi aktiviti sebegini rasanya ingin juga saya follow bersama saya di D9 NS Cycling Team.

    BalasPadam